Seo Services

Wabak Selesema Burung Landa Wilayah Selatan Myanmar



YANGON - MYANMAR: Wabak selesema burung kini dilaporkan melanda Dawei, wilayah pantai Tanintharyi, selatan Myanmar, lapor agensi berita China Xinhua.

Berdasarkan pengumuman Kementerian Kesihatan dan Sukan pada Selasa, lebih daripada 1,800 ekor ayam terpaksa disembelih bagi mencegah penyebaran virus.

Selain itu, pihak berkuasa tempatan turut mengharamkan penjualan telur dan ayam di pasar Dawei.

Virus selesema burung mula dikesan di beberapa ladang di Dawei selepas kejadian kematian ayam yang luar biasa berlaku.

Sampel ayam yang diuji mengesahkan kematian haiwan ternakan itu disebabkan wabak selesema burung.

Selesema burung sering melanda kawasan lain di Myanmar namun, di Tanintharyi ia pertama kali dilaporkan. - Bernama
Wabak Selesema Burung Landa Wilayah Selatan Myanmar Wabak Selesema Burung Landa Wilayah Selatan Myanmar Reviewed by uMieySurianie on July 26, 2017 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.