PELUNCUR air cilik negara, Adam Yoong Hanifah yang baru berusia sembilan tahun, bangga dapat menghadiahkan pingat emas pertamanya bagi acara luncur air kepada kontinjen dan rakyat Malaysia.
Adam menang pingat emas acara trick lelaki selepas meraih 3,860 mata, menewaskan peserta lebih dewasa termasuk pemenang pingat perak, Dimas Ridho Suprihono dari Indonesia (3440), manakala seorang lagi peserta Malaysia, Febrianto Kadir, menang gangsa.
Anak bongsu Hanifah Yoong Yin Fah itu amat gembira memenangi emas kerana bukan saja pertama kali bertanding di Sukan SEA, malah pada usia sangat muda.
“Tidak sangka boleh menang emas kerana saya hanya melakukan yang terbaik, tanpa memikirkan pencapaian atlet lain termasuk abang, Aiden,” katanya yang mula berlatih bermain ski air sejak berusia empat tahun.
Menurut Adam, kemenangan itu membakar semangatnya untuk terus berusaha bersungguh-sungguh bagi mencipta kejayaan lebih gemilang.
Adam juga berharap mampu menjadi atlet sebaik kakaknya, Aaliyah Yoong, yang bukan saja menang tiga pingat emas, malah disenarai sebagai atlet ski air terbaik dunia. - HMetro
Adam paling muda raih emas
Reviewed by Admin
on
August 29, 2017
Rating:
No comments: