Seo Services

Akta Kawalan Harga Dan Antipencatutan Bakal Dipinda Tangani Manipulasi


BAGAN DATUK: Cadangan pindaan Akta Kawalan Harga Dan Antipencatutan 2011 akan dibentang di Parlimen pada Oktober atau selewat-lewatnya akhir November sebagai langkah menangani manipulasi orang tengah.

Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata pindaan itu bertujuan menambah baik dan memperkemas akta berkenaaan sekali gus menangani isu kenaikan kos sara hidup dan harga barang secara bersepadu .

Ahmad Zahid yang juga Pengerusi Jawatankuasa Tertinggi Tangani Kos Sara Hidup berkata akta sedia ada tidak meliputi undang-undang untuk membuat kawalan harga terhadap orang tengah atau 'kartel'.

"Kalau ini berlaku (kenaikan harga), jangan kita berbeza pendapat, tidak kira parti apa pun kerana soal makan soal kita bersama," katanya ketika berucap pada majlis Penyerahan Lembu Korban Sempena Hari Raya Aidiladha 1438H kawasan Parlimen Bagan Datuk di sini hari ini.

Menjelas lanjut, Ahmad Zahid berkata Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani serta Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan telah diarah berbincang bersama penasihat undang-undang bagi mencari mekanisma terbaik meminda akta berkaitan atau memikirkan akta baharu yang sesuai.

Dalam sidang media kemudian, Ahmad Zahid yang juga Anggota Parlimen Bagan Datuk berkata perkara itu harus disegerakan kerana tanpa penguatkuasaan perundangan yang tegas, rakyat yang menjadi mangsa akan menyalahkan kerajaan.

"Ini masalah rakyat yang bukan hanya ditangani oleh kedua-dua kementerian, tapi kita lihat ia harus diselesaikan melalui tindakan-tindakan penguatkuasaan.

"Kepada orang tengah saya menyeru jangan ambil kesempatan dalam kesempitan,? katanya. - BERNAMA
Akta Kawalan Harga Dan Antipencatutan Bakal Dipinda Tangani Manipulasi Akta Kawalan Harga Dan Antipencatutan Bakal Dipinda Tangani Manipulasi Reviewed by Azmin on August 29, 2017 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.