SHAH ALAM – Seorang anggota polis berpangkat Lans Koperal ditemui mati dipercayai ditembak di Balai Polis Pinggiran USJ dekat sini awal pagi Khamis.
Mangsa yang hanya dikenali sebagai Valentino Mesa merupakan petugas di kaunter pertanyaan balai polis berkenaan (gambar atas) ditemui mati kira-kira pukul 3.30 pagi.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor, Senior Asisten Komisioner Fadzil Ahmat berkata, pasukan Unit Forensik Selangor turut menemui kesan tetakan ke atas tubuh mangsa.
“Siasatan sedang dijalankan di lokasi kejadian bagi mendapatkan maklumat sebenar dan motif kes. Sidang media akan diadakan di lokasi oleh Ketua Polis Selangor, Datuk Mazlan Mansor,” katanya kepada BH.
Pada 18 Ogos lalu, seorang anggota polis Bahagian Siasatan Jenayah Kongsi Gelap Bukit Aman, Sub Inspektor Abu Hashim Ismail, mati ditembak di Taman Sri Hosba, Changlun, Kedah. – Agensi/Mynewshub.cc/HAA
Anggota Polis Maut Ditetak, Ditembak Di Balai Polis
Reviewed by Azmin
on
August 31, 2017
Rating:
No comments: