Seo Services

TERKINI: Polis Ditembak Di Badan, Tetak Di Kepala


SUBANG: Lans koperal polis yang ditemui mati di Balai Polis Pinggiran USJ di sini awal pagi tadi, mempunyai satu kesan tembakan di badan.

Ketua Polis Selangor, Datuk Mazlan Mansor, berkata beberapa kesan tetakan turut ditemui di belakang kepala mangsa.

"Mayat mangsa ditemui oleh anggota Unit Peronda (MPV) pada jam 3.25 pagi ketika mereka pulang ke balai selepas selesai melakukan tugas rondaan," katanya pada sidang media di sini, sebentar tadi.

Anggota yang bertugas di kaunter pertanyaan itu, ditemui mati di Balai Polis Pinggiran USJ, awal pagi tadi. - BHOnline
TERKINI: Polis Ditembak Di Badan, Tetak Di Kepala TERKINI: Polis Ditembak Di Badan, Tetak Di Kepala Reviewed by Azmin on August 31, 2017 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.