Seo Services

Angka Korban Banjir Di Nepal Meningkat 64 Orang



KATHMANDU – Angka korban akibat fenomena monsun yang mencetuskan hujan lebat selama tiga hari lepas di Nepal, meningkat kepada 64 orang, menurut kenyataan Kementerian Dalam Negeri semalam.

Sekurang-kurangnya 53 orang lagi dilaporkan hilang di beberapa daerah di kawasan rendah di Terai , lapor agensi berita China Xinhua.

Banjir dan tanah runtuh di Terai turut mengakibatkan ribuan penduduk hilang tempat tinggal dan kemusnahan harta benda, tanaman serta haiwan ternakan.

Daerah lain turut terjejas teruk termasuk Jhapa, Morang, Sunsari, Saptari, Rautahat, Sarlahi, Dang dan Banke.

Sementara itu, semalam kerajaan mengumumkan pakej bantuan bernilai 200,000 rupee (US$1,949) kepada keluarga mangsa
yang terkorban.

Selain itu, mesyuarat tergempar yang diadakan di Pejabat Perdana Menteri, memutuskan untuk menyediakan keperluan harian termasuk makanan, tempat tinggal dan pakaian kepada mangsa terjejas.

Pasukan keselamatan termasuk polis dan tentera dikerahkan bagi membantu operasi menyelamat dan mengagihkan bantuan kepada mangsa.

Infrastruktur kemudahan seperti jambatan dan jalan raya serta perkhidmatan telekomunikasi turut terjejas, menyebabkan usaha menghantar bantuan mengalami kesukaran ditambah dengan keadaan hujan lebat berterusan.

Jabatan Meteorologi meramalkan fenomena monsun terus aktif di rantau tengah dan barat negara itu sehingga Selasa. – BERNAMA
Angka Korban Banjir Di Nepal Meningkat 64 Orang Angka Korban Banjir Di Nepal Meningkat 64 Orang Reviewed by uMieySurianie on August 14, 2017 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.