BANK Simpanan Nasional (BSN) akan memperkenalkan Skim Perumahan Belia di Karnival Perumahan Bumiputera di Taman Bunga Raya, Bandar Baru Salak Tinggi, Sepang pada 19 dan 20 Ogos ini.
Anjuran BSN dengan kerjasama Sin Hee Yang Property Group, BSN menawarkan pakej pembiayaan akhir sehingga 100 peratus bagi hartanah yang dibangunkan oleh syarikat di karnival tersebut yang akan diadakan dari 10 pagi hingga 6 petang.
Dalam kenyataan bersama, Pengarah Eksekutif Sin Hee Yang Property Group Loo Chee Yang berkata sebanyak 246 unit terdiri daripada rumah teres satu tingkat dan dua tingkat serta unit berkembar satu tingkat ditawarkan.
Beliau berkata hartanah mewah tetapi mampu milik dari RM328,000 hingga bawah RM500,000 daripada tujuh skim perumahan ditawarkan kepada Bumiputera berumur 25 hingga 40 tahun, berkahwin atau bujang, dengan pendapatan isi rumah tidak melebihi RM10,000 sebulan.
Sementara itu, Timbalan Ketua Eksekutif Perbankan Runcit BSN Frederick Siew berkata golongan belia, terutamanya pembeli rumah kali pertama, menghadapi kesukaran untuk membeli hartanah.
"Masalah utama ialah keupayaan mereka untuk membayar deposit 10 peratus. Skim Perumahan Belia kami akan membantu pembeli muda dengan pembelian hartanah pertama mereka," katanya.
- Bernama
BSN Perkenal Skim Perumahan Belia
Reviewed by Unknown
on
August 16, 2017
Rating:
No comments: