SEOUL: Seorang lelaki didenda kerana menyebarkan khabar angin menerusi media sosial mendakwa isteri mendiang presiden Kim Dae-Jung yang berusia 94 tahun akan mengahwini legenda hip-hop Amerika Syarikat (AS), Dr Dre.
Dr Dre, 52, mula meraih populariti bersama kumpulan rap gangsta, NWA pada 1980-an dan terbaru mencipta jenama fon kepala Beats yang dibeli oleh syarikat teknologi multinasional Amerika, Apple menerusi perjanjian bernilai jutaan dolar.
Berbeza pula dengan isteri mendiang presiden Kim, Lee Hee-Ho, yang kekal sebagai tokoh berpengaruh dalam politik Korea walaupun selepas kematian suaminya pada 2009.
Mereka tidak mungkin menjadi pasangan kekasih, tetapi dikaitkan pengguna media sosial tidak dikenali yang memuat naik berita itu di blognya pada Januari lalu mengatakan bekas wanita pertama itu akan berkahwin dengan Dr Dre untuk ‘mengaut harta presiden Kim.’
Mahkamah Daerah Seoul Jumaat lalu menafikan khabar angin itu sebagai ‘tidak berasas’ dan mendenda lelaki berusia 73 tahun itu 5 juta won (RM19,000) kerana memfitnah.
“Khabar angin mengenai perkahwinan antara Lee dan Dr Dre tidak berasas,” kata Hakim Lee Eun-hee dalam keputusan itu, lapor Korea Times semalam.
Bagaimanapun, pengguna media sosial di Korea Selatan menganggap kes itu sebagai jenaka paling lucu.
“Saya ketawa terbahak-bahak selepas membaca tajuk itu,” tulis seorang pengguna di media sosial.
Sementara seorang lagi berkata: “Adakah Eminem akan menyanyi pada perkahwinan mereka nanti?”-AFP
Dakwa Balu Presiden Kahwin Dr Dre
Reviewed by Unknown
on
August 29, 2017
Rating:
No comments: