RIYADH – Tuntutan Qatar untuk menjadikan kota suci Mekah dan Madinah sebagai milik antarabangsa dianggap sebagai perisytiharan perang terhadap Arab Saudi.
Menteri Luar Arab Saudi, Adel Al-Jubeir menyifatkan permintaan Qatar itu sebagai agresif dan Riyadh berhak melakukan tindak balas.
“Tuntutan Qatar untuk mengantarabangsakan kota suci Mekah adalah agresif dan dianggap sebagai perisytiharan perang terhadap Arab Saudi.
“Kami berhak bertindak balas terhadap pihak yang cuba untuk mengantarabangsakan tempat suci ini,” kata Adel dipetik sebagai berkata menerusi laman web Al Arabiya kelmarin.
Laman web tersebut melaporkan media Qatar membangkitkan tuntutan itu selepas Arab Saudi memperkenalkan undang-undang baharu berhubung perjalanan jemaah haji rakyatnya ke Mekah.
Pada Sabtu lalu, Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Qatar (NHRC) mengemukakan aduan dengan Wakil Khas Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) berhubung kebebasan agama. Dalam satu kenyataan yang diperoleh Al Jazeera, NHRC menyatakan ia berasa bimbang berhubung tindakan Arab Saudi mempolitikkan upacara keagamaan dan menggunakan musim haji bagi mencapai agenda politiknya. - KOSMO
Hubungan Arab Saudi-Qatar tegang
Reviewed by Admin
on
August 01, 2017
Rating:
Reviewed by Admin
on
August 01, 2017
Rating:

No comments: