KUCHING: Strategi pencegahan dan pengawalan wabak rabies sedang giat dijalankan di negeri ini merangkumi menyekat pergerakan haiwan khususnya anjing keluar dari kawasan wabak ke kawasan lain atau masuk ke kawasan wabak.
Memetik laporan Utusan Borneo, selain mewujudkan Zon Penampan serta kawalan ketat di pos-pos lintas sempadan, Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sarawak menyatakan kerjasama dua hala Sarawak-Kalimantan Barat juga telah dilaksanakan.
Selain itu, mewujudkan ‘immunity belt’ untuk menyekat penyebaran ke kawasan tengah dan utara negeri ini termasuk vaksinasi haiwan dan pemantauan di kawasan wabak serta aktiviti kesedaran masyarakat merupakan strategi lain pencegahan dan pengawalan wabak tersebut.
Menurut JPBN lagi, sebanyak 23,285 haiwan yang merangkumi 15,645 ekor anjing, 7,595 ekor kucing serta 45 ekor haiwan lain tela divaksin setakat semalam.
“Sebanyak 545 ekor anjing dan kucing liar juga telah ditangkap, manakala seramai 1,255 orang telah digigit anjing dalam tempoh 1 April hingga 31 Julai dan seramai 714 orang telah divaksin,” kata Jurucakap JPBN. – Sarawakiana
Sarawak Giat Tangani Wabak Rabies
Reviewed by uMieySurianie
on
August 01, 2017
Rating:
Reviewed by uMieySurianie
on
August 01, 2017
Rating:

No comments: