Seo Services

Meninggal Dunia Di Stesen Bas


PARIT BUNTAR: Seorang warga emas meninggal dunia selepas turun dari sebuah bas ekspres di Hentian Raya Parit Buntar di sini, petang tadi akibat serangan jantung

Dalam kejadian jam 3.30 petang itu, Ahmad Fudzi Omar, 63, dari Titi Serong di sini, bersama isterinya dikatakan baru pulang dari rumah anaknya di Putrajaya.

Rakan Allahyarham, Abu Bakar Hussain, berkata Ahmad Fudzi berjalan beberapa langkah selepas turun dari bas sebelum rebah di sisi isterinya dan tidak sedarkan diri.

"Anggota paramedik yang tiba tidak lama selepas itu, mengesahkan Ahmad Fudzi meninggal dunia. Mayatnya dibawa ke Hospital Parit Buntar untuk tindakan lanjut," katanya.

Allahyarham dan isteri dikatakan pergi ke Putrajaya dengan menaiki perkhidmatan tren elektrik (ETS) beberapa hari lalu dan pulang hari ini dengan menaiki bas ekspres.

Jenazah akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Masjid Titi Serong pagi esok. - BHOnline
Meninggal Dunia Di Stesen Bas Meninggal Dunia Di Stesen Bas Reviewed by Azmin on August 29, 2017 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.