Seo Services

Nombor Plet DDD III Bawa Padah


Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Kelantan menahan seorang pemuda kerana menunggang motosikal Honda EX5 menggunakan nombor pendaftaran palsu, DDD III yang keputusan tendernya masih belum dikeluarkan.

Lelaki berusia 20-an itu ditahan di Jalan Kebun Sultan, Kota Bharu, pada 3.20 petang semalam.

Pengarah JPJ Kelantan Mahasan Mustapa berkata, sebelum itu pihaknya menerima maklumat daripada orang awam mengenai suspek yang menggunakan nombor pendaftaran palsu selama tiga minggu.

"Hasil maklumat, kita melakukan intipan hampir sejam di kawasan itu dan menahannya sejurus keluar dari bangunan berhampiran.

"Alasan diberikan suspek ialah sudah menender nombor pendaftaran itu dengan menggunakan nama individu lain sebulan lalu, sedangkan kita masih dalam proses mengeluarkan keputusan tender nombor itu.

"Keputusan dijangka diumumkan bulan depan," katanya pada sidang media di Pejabat JPJ Kelantan di Kota Bharu, hari ini.

Beliau berkata, suspek disiasat mengikut Seksyen 108 Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Katanya, siasatan lanjut turut mendapati motosikal itu digunakannya sejak dua tahun lalu, namun menggunakan nombor pendaftaran lain.

"Motosikal juga tiada cukai jalan, tiada perlindungan insurans dan suspek tidak mempunyai lesen memandu," katanya.

Mahasan mengingatkan orang ramai supaya tidak sewenang-wenangnya melakukan kegiatan sebegitu dan tindakan boleh diambil termasuk dihadapkan ke mahkamah.

Katanya, pihaknya juga sedang giat mengesan mana-mana pemilik kenderaan yang menggunakan nombor pendaftaran palsu.-myMetro
Nombor Plet DDD III Bawa Padah Nombor Plet DDD III Bawa Padah Reviewed by Unknown on August 29, 2017 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.