Seo Services

Seorang pemandu GrabCar disekat sementara daripada operasi

KUALA LUMPUR - Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) telah menyekat seorang pemandu Grab daripada operasi e-hailing sementara menunggu hasil siasatan polis berhubung dakwaan pemandu berkenaan telah menyerang seorang penumpang remaja.

Selain menghalangnya daripada beroperasi, sekatan itu juga bertujuan mengelakkan beliau daripada berpindah ke sistem aplikasi e-hailing yang lain demi memastikan keselamatan penumpang sentiasa diutamakan, kata SPAD dalam kenyataan di sini hari ini.

"SPAD tidak akan bertolak ansur dengan sebarang perbuatan jenayah atau salah laku oleh pemandu dan pengendali pengangkutan awam darat.

"Suruhanjaya akan memastikan tindakan segera diambil bagi membasmi salah laku itu," katanya. - Bernama
Seorang pemandu GrabCar disekat sementara daripada operasi Seorang pemandu GrabCar disekat sementara daripada operasi Reviewed by Admin on August 15, 2017 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.