Seo Services

Sindiket palsu dokumen The Professor berjaya tumpas


PUTRAJAYA- Jabatan Imigresen berjaya membongkar kegiatan pemalsuan dokumen terbesar di negara ini yang diketuai oleh seorang lelaki dari Bangladesh yang digelar sebagai The Professor bersama pembantunya di Ampang, Selangor, semalam.

Kedua-dua lelaki berusia dalam lingkungan 30 tahun itu merupakan sahabat baik daripada kampung sama dan mempunyai kelulusan akademik yang tinggi dalam bidang teknologi maklumat dan komunikasi tersebut telah berada di negara ini sejak tahun 2008 dan aktif dalam kegiatan tersebut sejak setahun lalu.

Ketua Pengarah Imigresen, Datuk Seri Mustafar Ali berkata, hasil serbuan yang dijalankan, sebanyak 229 dokumen seperti pelekat Visa Malaysia, Pas Lawatan Kerja Sementara, Kad Pendaftaran Personel Binaan CIDB, E-Kad, pasport Bangladesh, i-Kad, cop palsu kedutaan, komputer dan pencetak.

“Hasil siasatan mendapati suspek telah menjalankan aktiviti ini sejak setahun lalu dan mengaut keuntungan dianggarkan sekitar RM50,000 hingga RM70,000 sebulan. Modus operandi suspek adalah dengan menggunakan aplikasi Viber yang memerlukan pelanggan menghantar salinan pasport dan gambar,” katanya pada sidang akhbar berhubung kejayaan tersebut di sini hari ini.

Kedua-dua suspek tersebut kini ditahan reman selama 14 hari bagi membantu siasatan dan kes disiasat di bawah Seksyen 56(1)(l) Akta Imigresen 1959/63 dan Seksyen 12(1)(a) Akta Pasport. - K! ONLINE



Sindiket palsu dokumen The Professor berjaya tumpas Sindiket palsu dokumen The Professor berjaya tumpas Reviewed by Unknown on August 14, 2017 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.