Seo Services

Tolak Tawaran City, Sanchez Masih Milik Arsenal


LONDON: Arsenal menolak tawaran £50 juta (RM276 juta) terhadap penyerang Chile, Alexis Sanchez dari kelab pencabar Liga Perdana Inggeris, Manchester City, menurut kelab London itu semalam.

Akhbar Inggeris heboh memperkatakan mengenai Sanchez yang akan berpindah ke kelab Pep Guardiola dengan penyerang England, Raheem Sterling beralih ke Emirates.

“Tiada bidaan rasmi tapi wajar menyatakan tawaran dengan jumlah harga itu ditolak. Pemain tidak terbabit,” menurut seorang jurucakap Arsenal.

Ada kemungkinan beberapa pemain meninggalkan Emirates sebelum hari terakhir jendela perpindahan awal pagi Jumaat ini dengan media Britain melaporkan Chelsea semakin hampir mengikat Alex Oxlade-Chamberlain.

Namun Arsenal menyatakan perjanjian buat pemain tengah England berusia 24 tahun itu tidak dipersetujui.

“Tiada sebarang kata muktamad mengenainya lagi,” menurut jurucakap itu.

Sanchez, 28, yang menjaringkan 24 gol Liga Perdana musim lalu, akan tamat kontraknya pada musim panas akan datang dan mahu bermain dengan City kendalian Guardiola.

Guardiola difahamkan enggan melepaskan Sterling, 22, yang tampil dalam semua tiga aksi City setakat ini musim ini.

Bagaimanapun tempatnya dalam kesebelasan utama di Stadium Etihad tidak terjamin selepas Bernardo Silva berpindah dari AS Monaco pada musim panas ini.

Sanchez menyertai Arsenal dari Barcelona, yang mana dia beraksi di bawah tunjuk ajar Guardiola, pada 2014 dengan harga kira-kira £35 juta (RM193 juta) dan menang Piala FA buat kali kedua musim lalu.

Bos Gunners, Arsene Wenger berkata awal bulan ini Sanchez akan “menghormati” keputusannya dan kekal di kelab itu.

Bintang Chile itu melakukan penampilan sulungnya musim ini ketika Arsenal dibelasah 4-0 di Liverpool Ahad lalu, digantikan oleh Alexandre Lacazette pada minit ke-62.-Reuters
Tolak Tawaran City, Sanchez Masih Milik Arsenal Tolak Tawaran City, Sanchez Masih Milik Arsenal Reviewed by Unknown on August 30, 2017 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.