Seo Services

Juara Bina Badan Wanita Rentung Kemalangan


Foto The Mirror
JUARA dunia tiga kali bina badan wanita, Alejandra Rubio, terbunuh dalam kemalangan ngeri yang menyaksikan dia dan empat lagi mangsa rentung selepas kereta dinaiki mereka terbakar di utara Argentina.

Menurut laporan Daily Mail, dalam kejadian Jumaat lalu, Alejandra bersama empat lagi ahli bina badan dalam perjalanan ke Santiago del Estero untuk menyertai satu pertandingan apabila kereta mereka bertembung dengan lori.

Empat lagi mangsa dalam kereta itu dikenali sebagai Elias Torres, Guadalupe David, Emanuel Villalba dan Daniel Motivero.

Pemandu lori dan pembantunya dilaporkan melecur teruk dan dirawat di sebuah hospital di Anatuza.

Alejandra ialah Presiden Persatuan Bina Badan dan Kecergasan Argentina sejak 2013. - HMetro
Juara Bina Badan Wanita Rentung Kemalangan Juara Bina Badan Wanita Rentung Kemalangan Reviewed by Admin on September 10, 2017 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.