Seo Services

68 Individu Ditahan Terlibat Judi Di Sarawak


KUCHING: Polis Sarawak berjaya memberkas 68 individu selepas disyaki terlibat dalam aktiviti judi haram menerusi 49 serbuan sepanjang minggu lalu.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Sarawak, Datuk Dev Kumar berkata, serbuan tersebut melibatkan 47 buah premis menjual loteri haram dan dua pusat judi siber bermula 16 Oktober hingga semalam.

"Secara keseluruhannya, polis menahan 61 individu dan merampas wang tunai sebanyak RM12,9832 dalam 47 serbuan judi haram di Kuching, Padawan serta Sibu.

"Manakala tujuh individu lagi ditahan membabitkan aktiviti judi siber dan dipercayai membekalkan perkhidmatan perisian semula kepada penjudi siber," katanya ketika dihubungi sebentar tadi.

Dev menambah, kesemua individu yang ditahan berusia antara 16 hingga 67 tahun.- K! ONLINE


68 Individu Ditahan Terlibat Judi Di Sarawak 68 Individu Ditahan Terlibat Judi Di Sarawak Reviewed by Unknown on October 23, 2017 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.