Seo Services

Cabul Kanak-Kanak Perempuan, Datuk Saudara Ditahan


SIBU: Seorang kanak-kanak perempuan berusia 13 tahun dilapor menjadi mangsa cabul datuk saudaranya, di rumah keluarganya di Sungai Bidut, di sini petang semalam.

Kejadian berlaku kira-kira jam 5 petang semalam selepas mangsa ditinggalkan bersama anak saudaranya yang berusia tiga tahun oleh ibunya yang keluar membeli barangan dapur di kedai runcit berhampiran.

Ketua Polis Daerah Sibu, Asisten Komisioner Zailanni Amit, berkata sebaik tiba di rumah, ibu mangsa terkejut apabila mendapati anaknya menangis dan berada dalam keadaan trauma sebelum menceritakan kejadian menimpanya.

"Berdasarkan keterangan mangsa, suspek berusia 55 tahun itu datang ke rumah mereka dan naik ke tingkat atas lalu bertanyakan sama ada mangsa tinggal bersendirian.

"Menyedari hanya mangsa dan cicit saudaranya di rumah itu, suspek membawa kanak-kanak itu ke bilik tidur dan menguncinya," katanya ketika dihubungi BH, di sini hari ini.

Katanya, mangsa cuba keluar dari bilik, namun suspek menolaknya ke atas katil lalu mencabul kanak-kanak itu.

"Suspek ditendang dan terkejut dengan tindakan itu, suspek terus melarikan diri," katanya.

Zailanni berkata, ibu mangsa kemudian membuat laporan sebelum polis menahan suspek untuk membantu siasatan.

"Suspek juga dibawa ke hospital untuk pengambilan sampel DNA.

Kes kini disiasat di bawah seksyen 14 (d) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017. Jika sabit kesalahan boleh dipenjara maksimum 20 tahun dan sebatan. - BHOnline
Cabul Kanak-Kanak Perempuan, Datuk Saudara Ditahan Cabul Kanak-Kanak Perempuan, Datuk Saudara Ditahan Reviewed by Azmin on October 23, 2017 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.