gambar hiasan |
COPENHAGEN: Dua kanak-kanak di Denmark, maut disyaki akibat memakan cendawan beracun manakala dua lagi dilaporkan kritikal, memetik sumber media tempatan, lapor agensi berita China Xinhua.
Kanak-kanak itu, adalah antara 11 anggota keluarga yang dimasukkan ke Hospital Rigshospitalet, Copenhagen, menurut agensi berita Denmark Ritzau.
"Kami baru dimaklumkan, dua kanak-kanak meninggal dunia dan setakat ini pihak kami tidak boleh memberikan makumat lanjut mengenai keadaan mangsa lain yang masih dirawat," kata inspektor polis South Sealand dan Lolland Falster, Soeren Ravn-Nielsen pada satu sidang akhbar.
Sementara itu, menurut Doktor Trine Lilleng seorang remaja berumur 15 tahun manakala seorang lagi lebih muda, disahkan meninggal dunia di rumah mereka di Haslev, kira-kira 70 kilometer di selatan Copenhagen.
Pihak berkuasa mendedahkan keluarga berkenaan berasal dari etnik berbeza dan stesen TV tempatan melaporkan mereka adalah pelarian Congo.
Siasatan punca kejadian masih berjalan dan setakat ini tiada unsur jenayah, kata Ravn-Nielsen.- Bernama
Kanak-Kanak Maut Makan Cendawan Beracun
Reviewed by Unknown
on
October 20, 2017
Rating:
No comments: