Lelaki yang mempunyai zakar paling kecil di Britain baru sahaja diupah untuk mengetuai kempen dengan slogan: "Cucuk sedikit tidak membawa sebarang kemudaratan."
Ant Smith, yang terkenal dengan saiz zakar berukuran satu hingga dua inci kini menjadi wajah baharu Thriva, perkhidmatan kesihatan berbentuk pencegahan pertama di dunia yang membolehkan orang ramai melakukan ujian darah secara proaktif.
Lelaki berusia 50 tahun itu telah 'meminjamkan' wajahnya di papan-papan iklan di London yang mana dia dilihat memegang papan tanda dengan moto tersebut yang menarik perhatian ramai.
Penulis itu terkenal selepas menulis puisi berjudul 'Shorty' pada tahun 2015.
Sejak itu, dia telah menulis 'Small Penis Bible' yang membincangkan tentang kehidupan seseorang yang mempunyai saiz kemaluan kecil, tidak seperti lelaki biasa, menggunakan anekdot komedi dan cerita kehidupan nyata.
Kempen melibatkan Smith kali ini dilakukan oleh syarikat pengujian darah Thriva, perkhidmatan kesihatan pencegahan pertama di dunia yang membolehkan orang ramai menjalani ujian darah sendiri di rumah dan menghantarnya untuk analisis.
Smith, yang tinggal bersama isterinya, Christine di Barking, timur London berkata: "Kempen dengan Thriva ini adalah cara yang tepat untuk menyebarkan berita tentang kesihatan pencegahan, kesihatan mental dan kesihatan fizikal yang baik, apa yang ada di bahagian dalam badan, bukan hanya di luar.
"Walaupun ia nampak 'nakal', ia mempunyai mesej yang serius, kita semua akan jadi lebih baik jika memantau dengan betul apa yang berlaku dalam badan kita, yang mungkin kita tidak dapat lihat di cermin.
"Ia adalah sesuatu yang ditakuti oleh sebahagian orang, walaupun apa yang perlu dilakukan hanyalah dengan mencucuk sedikit.
"Dengan ujian darah yang diambil di jari, Thriva membolehkan anda untuk memeriksa risiko kesihatan utama yang menjejaskan berjuta-juta orang," katanya.
Ujian tersebut mampu mengukur dan mengenal pasti kolesterol, fungsi hati, kekurangan zat besi dan vitamin dari masa ke masa.
Setiap ujian dianalisa oleh makmal terakreditasi CPA, dengan laporan lengkap yang dikeluarkan.
Pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif Thriva, Hamish Grierson berkata: "Thriva adalah permulaan revolusi sebenar berhubung cara orang ramai berfikir dan mengurus kesihatan mereka.
"Kami didorong untuk menjadikannya lebih mudah dan berpatutan untuk memastikan pemeriksaan kesihatan anda dilakukan secara tetap." -metroUK
Lelaki Kemaluan Paling Kecil Di Britain Dapat Tugas Baharu
Reviewed by Unknown
on
October 20, 2017
Rating:
No comments: