Seo Services

Marquez Tidak Gelojoh Buru Gelaran


PHILLIP ISLAND: Marc Marquez mengambil pendekatan tenang dan tidak terburu-buru dalam mengharungi dua perlumbaan terakhir MotoGP musim ini, walaupun mempunyai kelebihan selesa ke atas seteru utama, Andrea Dovizioso.

Juara dunia yang menunggang jentera Honda itu menjarakkan kedudukan dengan Dovizioso kepada 33 mata susulan kemenangan di Grand Prix (GP) Australia, semalam.

Hanya Dovizioso mampu mengatasinya ketika ini namun pelumba Ducati itu harus menyalahkan dirinya apabila sekadar menamatkan perlumbaan di tempat ke-13 di Phillip Island.

Pelumba Itali itu yang sebelum ini menghidupkan peluang mengatasi Marquez dengan menjuarai GP Jepun dua minggu lalu, adalah penyandang juara di Litar Antarabangsa Sepang.

Dengan 50 mata maksimum boleh dikutip daripada dua pusingan akhir, Marquez boleh menutup ruang pencabarnya dengan menang di Malaysia minggu ini tetapi dia bimbang terlalu ghairah ketika saingan mencapai kemuncaknya.

"Kemenangan membuatkan saya gembira dengan kelebihan 33 mata," kata penunggang Sepanyol itu selepas kemenangannya di Australia.

"Baik, ia adalah kelebihan yang besar tetapi kini masanya adalah untuk memahami pilihan kami, di mana kami boleh bertarung untuk mengutip mata tetapi tidak begitu agresif.

"Saya mengambil banyak risiko sepanjang musim tetapi kini masanya sudah tiba untuk lebih tenang."

Marquez mengakui kelebihan yang dimilikinya dalam pemburuan kejuaraan adalah 'besar tetapi tidak cukup'.

"Kini kami perlu mengharungi baki perlumbaan dengan cara yang berbeza. Kami akan cuba memberikan yang maksimum ketika sesi latihan di Malaysia dan kemudian ketika perlumbaan, cuba bertenang sedikit," katanya.

Kemenangan Marquez di Phillip Island adalah yang ke-35 dirinya dalam kelas MotoGP daripada 88 permulaan dan keenamnya musim ini selepas merangkul petak utama ke-88 kariernya dalam kategori utama itu. - AFP
Marquez Tidak Gelojoh Buru Gelaran Marquez Tidak Gelojoh Buru Gelaran Reviewed by Azmin on October 23, 2017 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.