Seo Services

Rumah Kami 'Berjalan'


Empat beranak terselamat selepas sempat menyelamatkan diri apabila rumah mereka tiba-tiba menggelongsor akibat tanah runtuh di Jalan Longkou Lama, Kiulu dekat Tuaran, malam tadi.

Kejadian kira-kira jam 7.30 malam itu berlaku selepas hujan lebat ketika Roddy Selidin, 27, bersama isteri dan dua anaknya berusia satu dan lima tahun baru selesai makan malam.

Runtuhan tanah dipercayai akibat mendapan berikutan hujan lebat sejak beberapa hari lalu menyebabkan rumah mangsa menggelongsor beberapa meter dari tapak asal selain sebuah motosikal turut tertimbus.

Roddy yang bekerja di sebuah syarikat di Telipok, Kota Kinabalu berkata, kejadian itu disedari isterinya ketika mahu memberi makan kucing peliharaan di depan rumah.

“Sebaik membuka pintu, isteri terkejut melihat tiada tanah di hadapan rumah kami sebelum terus menjerit ‘lari tanah runtuh’.

“Saya segera mengambil dua anak dan berlari ke arah jalan raya. Tidak lama kemudian, saya lihat rumah kami ‘berjalan’ ke bawah perlahan-lahan.

“Kami memang tak sedar berlaku tanah runtuh sehinggalah isteri membuka pintu kerana tiada sebarang gegaran diarasi.

“Apapun kami bersyukur kerana semua ahli keluarga selamat,” katanya ketika ditemui.

Roddy berkata, buat sementara waktu, mereka sekeluarga terpaksa menumpang di rumah keluarga mentuanya tidak jauh dari rumahnya.

“Bomba juga tidak benarkan kami masuk ke dalam rumah walaupun untuk mengambil barang kerana bimbang berlaku lagi pergerakan tanah yang boleh membahayakan keselamatan.

“Saya berharap ada pihak tampil membantu meringankan beban saya dan keluarga selepas ditimpa musibah ini,” katanya.

Hujan lebat sejak beberapa hari lalu turut menyebabkan laluan menghubungkan Kampung Longkou ke pekan Telipok terputus akibat tanah runtuh.-myMetro
Rumah Kami 'Berjalan' Rumah Kami 'Berjalan' Reviewed by Unknown on October 20, 2017 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.