Seo Services

Surat Amaran Ancaman Trump Mengenai Nuklear



SYDNEY – Korea Utara menghantar surat amaran kepada Parlimen Australia menegaskan negara itu memiliki kuasa nuklear dan tidak takut dengan ancaman Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump.

Kementerian Luar Australia mengesahkan salinan surat itu yang disiarkan Sydney Morning Herald hari ini.

“Sekiranya Trump berpendapat dia mampu menundukkan Republik Demokratik Rakyat Korea (DPRK) sebuah negara kuasa nuklear dengan ancaman perang nuklear ia satu perhitungan yang salah dan jahil.

“Trump mengancam mahu memusnahkan DPRK dan ia adalah tindakan melampau untuk mengancam seluruh dunia,” kata kenyataan surat yang dihantar melalui faksimili.

Jurucakap Kementerian Luar Australia memberitahu Reuters laporan akhbar itu tepat dan surat bertarikh 28 September itu adalah tulen.

Surat bertajuk ‘Surat terbuka kepada Parlimen Beberapa Negara’ dikatakan dihantar dari kedutaan Korea Utara ke kedutaan Australia di Jakarta. – Reuters/BH ONLINE
Surat Amaran Ancaman Trump Mengenai Nuklear Surat Amaran Ancaman Trump Mengenai Nuklear Reviewed by uMieySurianie on October 20, 2017 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.