Seo Services

Tembak Lebih Ramai Pengedar Dadah Di Indonesia


JAKARTA: Pengarah Badan Narkotik Nasional (BNN), Budi Waseso memberi amaran, anggotanya akan menembak mati lebih ramai pengedar dadah yang enggan menyerah diri ketika ditahan.

“Orang ramai berkata, BNN tidak boleh menembak secara terus. Kenapa tidak?” katanya.

Menurutnya, mengikut statistik BNN seramai 15,000 mati setiap tahun di Indonesia akibat dadah.

“Daripada statistik ini menunjukkan tindakan tegas terhadap pengedar dadah adalah sesuatu yang wajar.

“Majoriti pengedar dadah adalah pesalah berulang selepas keluar daripada penjara.

“Jumlah pengedar dadah yang mati terlalu sedikit berbanding mangsa yang mati akibat dadah itu sendiri,” jelasnya.

Budi juga menegaskan dia tidak menghiraukan kritikan terhadap arahan menembak mati pengedar dadah yang mengelak daripada ditangkap.

“Semua pegawai BNN di seluruh negara tidak perlu teragak-agak untuk menembak terus pengedar dadah ini,” tegasnya.-Agensi
Tembak Lebih Ramai Pengedar Dadah Di Indonesia Tembak Lebih Ramai Pengedar Dadah Di Indonesia Reviewed by Unknown on October 23, 2017 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.