MADRID: Sepanyol semalam berkata, ia akan menggantung status berautonomi wilayah Catalonia mulai esok selepas pemimpin rantau itu mengancam mengisytiharkan kemerdekaan seterusnya lebih memburukkan ketegangan politik paling buruk dialami negara itu sejak beberapa dekad.
Kerajaan pusat di Madrid sebelum ini memberi pemimpin pemisah, Carles Puigdemont sehingga jam 10 pagi semalam (waktu tempatan) untuk memutuskan sama ada dia mengisytiharkan kemerdekaan wilayah separa berautonomi itu susulan referendum yang diadakan pada 1 Oktober lalu.
Perdana Menteri Mariano Rajoy berulang kali memberi amaran akan mencetuskan Artikel 155 Perlembagaan negara itu - langkah yang tidak pernah dilakukan dalam sejarahnya untuk melaksanakan pemerintahan terhadap wilayah kaya berkenaan - melainkan Puigdemont mengalah.
Ramai menyuarakan kebimbangan tindakan itu akan lebih mencetuskan kemelut di wilayah itu.
Terdahulu, semalam, Puigdemont berkata, ahli Parlimen Catalonia boleh mengundi untuk mengisytiharkan berpisah dari Sepanyol jika Madrid mencetuskan Artikel 155.
“Jika kerajaan pusat tetap mengelak dialog dan terus menekan kami, Parlimen Catalonia boleh terus mengundi pengisytiharan rasmi kemerdekaan” katanya dalam surat kepada Rajoy.
Minggu lalu, dia mengumumkan ‘kemerdekaan tergantung’ yang ditegaskan bukan pengisytiharan kebebasan sepenuhnya.
Susulan itu, Madrid akan mengadakan perjumpaan tergempar Kabinet pada Sabtu ini untuk membincangkan cara mengambil alih rantau berkenaan.-AFP
Tiada Autonomi Mulai Esok
Reviewed by Unknown
on
October 20, 2017
Rating:
No comments: