HANYA kerja syif malam bagi elak diserbu pihak berkuasa.
Itu modus operandi tiga kilang di Cheras Jaya, Balakong yang menggajikan pendatang asing tanpa izin (PATI).
Bagaimanapun, hasil risikan dan intipan sepasukan pegawai Jabatan Imigresen (JIM) Selangor, tiga premis itu diserbu serentak pada 11 malam, hari ini.
Pengarah JIM Selangor, Omran Omar berkata, bertindak atas aduan orang awam, serbuan dijalankan di tiga premis di lokasi berdekatan sebelum 132 warga asingdiperiksa.
"Hasilnya 54 orang ditahan atas pelbagai kesalahan imigresen.
"Semua yang ditahan terdiri daripada warga Bangladesh, Indonesia, Nepal, India, Sri Lanka, Kemboja dan Myanmar merangkumi tujuh wanita dan 47 lelaki berusia 20 hingga 54 tahun," katanya.-hmetro
Konon tak ditahan kerja malam
Reviewed by Unknown
on
November 30, 2017
Rating:
No comments: