DENPASAR - INDONESIA. Lapangan terbang antarabangsa di Bali, Indonesia dibuka semula semalam, selepas hampir tiga hari ditutup sejak Isnin lalu.
Menurut jurucakap Arie Ahsanurrohim, ruang udara Lapangan Terbang Antarabangsa Ngurah Rai dibuka semula jam 3 petang (waktu tempatan) selepas abu gunung berapi bergerak ke arah tenggara berikutan tarikan Taufan Cempaka.
"Letusan kecil berlaku secara berterusan tetapi masih ada kemungkinan letusan lebih besar. Aktiviti gunung kerap dan kami masih berada di tahap amaran tertinggi," kata ahli volkanologi, I Gede Suantika.
Sementara itu, sekurang-kurangnya 19 orang terbunuh selepas Taufan Cempaka membadai Pulau Jawa.
Di timur dan tengah Jawa, 15 maut dalam kejadian tanah runtuh manakala empat lagi meninggal dunia akibat dihanyutkan arus deras banjir.
"Setakat ini, Cempaka meragut 19 nyawa, ribuan rumah ditenggelami air selain terdapat kerosakan lain," menurut Agensi Pengurusan Bencana, Sutopo Purwo Nugroho, lapor Agensi. - Sinar Harian
Lapangan Terbang Bali Kembali Beroperasi
Reviewed by uMieySurianie
on
November 30, 2017
Rating:
No comments: