Seo Services

1MDB : Kita Tak Akan Terhutang Budi Kepada Sesiapa


PUTRAJAYA – “Kita tidak akan terhutang budi dengan sesiapa,”

Itu tegas Menteri Kewangan II, Datuk Seri Johari Abdul Ghani ketika ditanya dakwaan berlaku penjualan pegangan kepada China bagi melangsaikan hutang 1Malaysia Development Bhd (1MDB) adalah benar.

Johari yang enggan menjawab soalan berkaitan 1MDB meletakkan tanggungjawab tersebut kepada Ketua Setiausaha Perbendaharaan yang juga pengerusi 1MDB, Tan Sri Irwan Serigar Abdullah.

Kata Johari, beliau tidak menyedari jika ada berlakunya penjualan pegangan dua syarikat kepada syarikat berkaitan kerajaan China.

“Saya tidak tahu jika ada penjualan pegangan atau tidak. Tanya Tan Sri KSP kerana beliau adalah Pengerusi 1MDB,” katanya selepas menghadiri majlis pelancaran sistem e-Perolehan baharu di kementeriannya hari ini.

Irwan bagaimanapun tidak hadir pada majlis tersebut kerana berada di luar negara.

Pada Rabu lalu, 1MDB berjaya menyelesaikan baki hutang sebanyak $600 juta kepada International Petroleum Investment Company (IPIC).

Menurut syarikat kontroversi itu, pembayaran dibuat hasil dana rasionalisasi yang telah dijalankannya tanpa mengulas dengan lebih lanjut.- MalaysiaGazette
1MDB : Kita Tak Akan Terhutang Budi Kepada Sesiapa 1MDB : Kita Tak Akan Terhutang Budi Kepada Sesiapa Reviewed by Unknown on December 29, 2017 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.