Seo Services

Kena Penjara, Dilarang Masuk Bandar Gara-Gara Bogel, Lakukan Seks

Foto: Metro.co.uk
SEORANG wanita dipenjara dan dilarang memasuki sebuah bandar selepas hakim menyifatkannya sebagai bercelaru hari ini.

Natasha Claus, 36, tiba di mahkamah untuk dijatuhi hukuman kerana menunggang motosikal dalam keadaan bogel melalui Woking, Surrey, melakukan hubungan seks di tepi jalan raya dan menumbuk seorang lelaki buta di dada.

Dia mengaku melakukan perbuatan terlampau itu selepas ditahan ketika melakukan hubungan seks yang didakwa dilakukan gara-gara wang.

Pendakwa raya John Upton berkata wanita itu ditemui melakukan perbuatan terkutuk tersebut di Goldsworth Road, Woking, 29 Julai lalu.

Seorang wanita bersama dua anaknya yang melalui kawasan itu menasihatinya supaya menghentikan perbuatan tersebut tetapi Claus mengancam untuk menumbuknya.

Ketika ditahan, Claus berkata seluar jeannya telah ditarik.

Bagaimanapun seluar dalamnya ditemui di dalam beg tangannya.

Upton memberitahu Mahkamah Guildford Crown Court bahawa Claus mempunyai tabiat mudah berkawan dengan lelaki sebelum mengambil kesempatan terhadap mereka.

Claus dijatuhi hukuman penjara selama 13 bulan di atas semua perbuatan yang dilakukannya itu. - Metro.co.uk/mStar
Kena Penjara, Dilarang Masuk Bandar Gara-Gara Bogel, Lakukan Seks Kena Penjara, Dilarang Masuk Bandar Gara-Gara Bogel, Lakukan Seks Reviewed by Admin on December 29, 2017 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.