Seo Services

Penduduk hilang sekelip mata diterbangkan angin kencang

KOTA KINABALU - Seorang penduduk kampung merakamkan detik cemas ketika persekitaran di Pulau Mangsee, Filipina dilanda Ribut Tembin Tropika pada 23 Disember lalu.

Dalam kejadian pada pukul 7.30 malam waktu tempatan, ribut tersebut dikatakan telah memusnahkan sebahagian besar kawasan di pulau terbabit.

Menurut Mohd. Farhan Nor, 45, yang menyaksikan insiden tersebut dari jendela rumahnya, selain tanaman, badai terbabit turut merosakkan rumah penduduk kampung dan bot-bot nelayan.

"Lebih memilukan, bukan sahaja harta benda malah ramai mangsa hilang dipercayai dihanyutkan ombak berskala besar selepas terjatuh ketika lari menyelamatkan diri.

"Kejadian pada malam itu amat menakutkan. Penduduk kampung lari lintang-pukang mencari tempat berteduh. Kami sentiasa berdoa semoga keadaan kembali pulih dengan segera," katanya ketika dihubungi Kosmo! hari ini.

Tambah lelaki berbangsa Bajau Laut tersebut, sepanjang Ribut Tembin Tropika melanda segelintir penduduk kampung dipercayai hilang kerana diterbangkan angin kencang.

"Bagaimanapun, saya bersyukur kerana ahli keluarga terselamat daripada bencana alam ini. Cuma bumbung rumah sahaja yang tercabut kerana ditiup angin," jelasnya lanjut.

Terdahulu, direkodkan lebih 200 orang terbunuh manakala ratusan dipercayai hilang ketika Ribut Tembin Tropika melintasi Filipina khususnya di kawasan Tubod dan Piagapo pada Sabtu lalu. - K! ONLINE
Penduduk hilang sekelip mata diterbangkan angin kencang Penduduk hilang sekelip mata diterbangkan angin kencang Reviewed by Admin on December 29, 2017 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.