Wanita yang menayangkan punggungnya melakukan promosi krim pemutih punggung di sosial media didakwa oleh polis pelindung pengguna.
Nitthakarn Nunthasuteepat dari wilayah Nonthaburi diarahkan hadir ke pejabat Polis Bahagian Perlindungan Pengguna di Lak Si, Bangkok, untuk disoal siasat.
Khamis lalu, dua peguam memfailkan aduan meminta polis mengambil tindakan susulan ‘iklan’ memaparkan gambar punggungnya mempromosikan krim pemutihnya di Facebook.
Kolonel Polis Chanannat Santhawanpat, berkata dia pada asalnya didakwa atas tuduhan menggunakan label yang salah kerana produk itu tidak menyatakan butiran terperinci bahannya yang boleh memberikan gambaran salah kepada pengguna.
Katanya, Nitthakarn dibenarkan jaminan kerana pihaknya yakin wanita itu tidak akan melarikan diri.
Sementara itu, Badan Makanan dan Dadah (FDA) juga akan diminta memeriksa sama ada krim berkenaan mengandungi bahan berbahaya.
Pada masa sama, polis jenayah teknologi sedang menyiasat sama ada dia patut didakwa kerana memuat naik gambar berunsur lucah.
Sementara itu, Nitthakarn berkata, dia menggunakan media sosial untuk memperkenalkan produk seterusnya meningkatkan jualan sejak lebih setahun lalu.
Dia menafikan tindakannya bertujuan provokatif, malah berkata dia sudah mendapat nasihat peguam dan tidak menunjukkan bahagian lebih sulit pada tubuhnya.
Dia turut menegaskan produknya mempunyai lesen sewajarnya daripada FDA.
Nitthakarn meminta masyarakat lebih bersimpati kerana dia ibu tunggal yang bertanggungjawab menjaga anaknya yang kecil dan emak yang uzur.-Bangkok Post
Ibu Tunggal Tunjuk Punggung Di Facebook
Reviewed by Unknown
on
January 15, 2018
Rating:
No comments: