Seo Services

Imam Gay Mahu Bina Masjid LGBT Di Australia



MELBOURNE – Seorang imam masjid yang secara terang-terangan mengaku merupakan seorang gay, sedang dalam misi khas bagi membina ruangan untuk golongan Muslim songsang beribadah.

Menurut laporan stesen SBS News, Imam Nur Warsame sedang mengutip sumbangan untuk membina “tempat spiritual selamat” yang terdiri daripada masjid, rumah selamat dan pusat kaunseling untuk golongan tersebut.

Di Australia, kelompok pengamal amalan terkutuk kaum Sodom zaman Nabi Luth AS itu digelar sebagai Lesbian, Gay, Bisexual, Transgender, Queer or Questioning, and Intersex (LGBTQI) demi mengangkat maruh mereka!

Mengulas lanjut, beliau dengan bangga mendakwa mendapat motivasi untuk membina rumah ibadah sedemikian kerana kelompok Muslim di sana tidak mendapat khidmat sokongan mahupun mempunyai tempat yang selamat.

Dakwa Nur Warsame lagi, pusat khas itu akan memiliki “kesan penyembuhan” dan menyediakan “rasa kepunyaan” dalam kalangan semua penganut Muslim liberal yang selama ini terpaksa mengamalkan LGBTQI secara rahsia.

Beliau sebelum ini pernah mendakwa bahawa konon ‘tiada masalah’ untuk menjadi gay, bahkan golongan Muslim selain tafsiran al-Qur’an yang tegas menolak amalan homoseksualiti dianggap sebagai ketinggalan zaman.

Pada tahun lalu, masyarakat Muslim antarabangsa digemparkan dengan pembukaan masjid liberal LGBTQI di Berlin, Jerman dan masjid mesra LGBT yang bakal dibina di Oslo, Norway. – Agensi/Mynewshub.cc
Imam Gay Mahu Bina Masjid LGBT Di Australia Imam Gay Mahu Bina Masjid LGBT Di Australia Reviewed by Unknown on January 14, 2018 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.