Seorang wanita Ireland yang putus harapan mencari lelaki sempurna akhirnya mengahwini roh lanun berusia 300 tahun yang kini dianggap teman sejiwanya.
Amanda Teague, 45, yang mengahwini roh lanun Haiti bernama Jack yang mati pada 1700-an, tidak kisah kekasihnya itu sudah mati malah mendakwa mereka melakukan apa saja seperti pasangan biasa, termasuk keluar makan bersama dan bertengkar.
Majlis perkahwinannya di atas bot di pesisiran pantai Ireland dihadiri keluarga dan sahabatnya.
Amanda yang juga penghibur pengajuk watak filem Pirates of the Caribbean, Jack Sparrow, memberitahu Daily Star hubungannya dengan Jack sempurna.
“Ramai masih belum tahu mengenai hubungan kerohanian sedangkan ia mungkin paling sesuai untuk mereka,” katanya.
Dia mengaku tidak pernah melihat suaminya secara fizikal tetapi membayangkan seperti Jack Sparrow.
Menurutnya, percintaan mereka bermula pada 2014 apabila dia tiba-tiba berasa ada roh mahu berkomunikasi di sebelahnya ketika sedang tidur.
“Kami semakin saling mengenali dan dia sering menemani saya memandu atau menonton televisyen. Pada satu hari, Jack beritahu saya kami boleh berkahwin,” katanya.
Amanda mempunyai lima anak hasil perkahwinan sebelum ini. - Agensi
Kahwini Roh Lanun Macam Jack Sparrow
Reviewed by Unknown
on
January 15, 2018
Rating:
No comments: