Seo Services

Mayat Berulat Dalam Kereta

KOTA BHARU: Mayat seorang lelaki berusia dalam lingkungan 30-an ditemui berulat dalam sebuah kereta di Wakaf Mek Zainab, di sini.

Mayatnya ditemui dalam kereta jenis Proton Iswara yang berkunci dan difahamkan kenderaan itu sudah berada di lokasi sejak tiga hari lalu.

Seorang saksi, Baharuddin Che Mat, 60, berkata semasa menjalankan tugasnya sebagai anggota Ikatan Relawan Rakyat Malaysia (RELA) di sekitar kawasan perumahan PRIMA yang terletak berhampiran dengan lokasi itu, kira-kira jam 9.20 pagi tadi, beliau sudah menyedari kenderaan itu berada di lokasi sejak Ahad lalu.

"Selalunya ramai pemikat burung dan pemancing yang datang parkir kenderaan di kawasan lapang itu dan saya menyangkakan mangsa adalah salah seorang daripada mereka.

"Saya tergerak hati memeriksa kenderaan itu dan sebaik mendekati, alangkah terkejutnya apabila melihat keadaan muka dan pinggang kanan mangsa yang lebam serta berulat.

"Mangsa yang dianggarkan dalam lingkungan usia 30-an berada di bahagian pemandu dalam keadaan kerusi dijatuhkan," katanya ketika ditemui di lokasi hari ini.

Baharuddin berkata, dia terus memanggil tiga rakannya yang yang berada tidak jauh dari lokasi sebelum menghubungi pihak polis.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kota Bharu, Asisten Komisioner Ismail Mat Sidik, mengesahkan menerima laporan penemuan mayat terbabit.

Beliau berkata, siasatan lanjut akan dibuat bagi mengenal pasti identiti dan punca kematian. - BHOnline
Mayat Berulat Dalam Kereta Mayat Berulat Dalam Kereta Reviewed by Azmin on January 31, 2018 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.