KUALA LUMPUR: Polis Diraja Malaysia (PDRM) berusaha untuk membawa pulang rakyat Malaysia yang ditahan di Lapangan Terbang Antarabangsa Jinnah, Karachi, Pakistan yang disyaki menyeludup keluar senjata api dan peluru dalam bagasi yang di bawa.
Ketua Polis Negara, Tan Sri Mohamad Fuzi Harun, berkata polis Pakistan bagaimanapun kurang memberi kerjasama dan maklumat berhubung penahanan terbabit.
"Kita ada berhubung dengan pihak berkuasa di Pakistan, namun tidak mendapat maklum balas yang baik. Tapi kita berusaha untuk dia dihantar pulang supaya dapat menjalankan siasatan," katanya.
Beliau berkata demikian, ketika sidang media selepas melancarkan pejabat baharu Sekretariat ASEANPOL dan Majlis Serah Terima Tugas Pengarah Eksekutif dan Pengarah Perkhidmatan Polis Sekretariat ASEANAPOL di Menara Bank Rakyat, di sini.
Bulan lalu, Al Muhd Alfie Kqhyriel, 20, ditahan bersama sejumlah senjata dan peluru ketika cuba menaiki penerbangan dari Pakistan ke Thailand, berdasarkan tiket yang dibelinya.
Mohamad Fuzi berkata, beliau tidak menolak kemungkinan pembabitan remaja terbabit dalam kumpulan pengganas Daesh.
"Kita sedang melihat sama ada remaja itu terbabit secara serius atau tidak dalam kumpulan Daish," katanya.- BH online
PDRM Usaha Bawa Pulang Remaja Ditahan Di Pakistan
Reviewed by uMieySurianie
on
January 12, 2018
Rating:
No comments: