Seo Services

Pembocor Maklumat Bakal Bertanding Kerusi Senat AS


WASHINGTON: Pembocor maklumat, Chelsea Manning, yang dipenjara kerana kebocoran fail sulit akan bertanding merebut kerusi Senat di Maryland, Amerika Syarikat (AS), menurut dokumen dilihat semalam.

Dokumen Suruhanjaya Pilihan Raya Persekutuan difailkan Khamis lalu menyenaraikan Chelsea Elizabeth Manning seorang transgender dari Bethesda Utara, Maryland, sebagai calon Demokrat untuk Senat AS.

Manning, kini 30, adalah penganalisis perisikan tentera dijatuhi hukuman penjara 35 tahun pada 2013 kerana membocorkan lebih 700,000 dokumen sulit berkaitan perang di Iraq dan Afghanistan.

Pendedahan oleh Manning, atau sebelum ini dikenali Bradley Manning, mendedahkan salah laku dan jenayah mungkin tentera AS dan sekutunya.

Tindakan itu menjadikan Manning seorang wira antiperang dan aktivis antikerahsiaan, namun pihak tertentu di AS menggelarnya seorang pengkhianat.

Presiden Barack Obama ketika itu menukar hukuman Manning, menjurus pembebasannya pada Mei lalu.

Penyandang Senat Demokrat kawasan Maryland ialah Ben Cardin yang kali pertama dipilih pada 2006 dan kini Demokrat kanan dalam Jawatankuasa Hubungan Luar Senat.

Dalam pilihan raya tahun lalu, calon transgender Danika Roem dipilih ke Perwakilan Virginia, menjadi pembuat dasar pertama golongan itu di AS. Presiden Donald Trump melabel Manning sebagai pembelot. -AFP
Pembocor Maklumat Bakal Bertanding Kerusi Senat AS Pembocor Maklumat Bakal Bertanding Kerusi Senat AS Reviewed by Azmin on January 15, 2018 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.