Seo Services

Polis Buru Pemilik Facebook Fitnah Tun Abdul Taib


KUCHING: Polis sedang menjejak dan memburu dua pemilik akaun Facebook disyaki memfitnah Yang di-Pertua Negeri Sarawak Tun Pehin Sri Abdul Taib Mahmud dengan memuatnaik surat palsu.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Sarawak Datuk Dev Kumar mengesahkan pihaknya telah menerima laporan polis terhadap status Facebook milik dua individu.

Menurutnya, setakat jam 10.00 malam ini, polis telah menerima sebanyak dua laporan masing-masing di Miri dan Kuching.

"Siasatan telah dijalankan, polis sedang mengesan dua individu yang dipercayai pemilik akuan tersebut," katanya

Beliau berkata, kes itu disiasat sebagai fitnah di bawah seksyen 500 Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia. - Sarawakiana
Polis Buru Pemilik Facebook Fitnah Tun Abdul Taib Polis Buru Pemilik Facebook Fitnah Tun Abdul Taib Reviewed by Admin on January 12, 2018 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.