Foto The Borneopost |
PBB sebagai sebuah parti yang relevan dalam semua era dan mempunyai struktur kuat yang berjaya meletakkan Sarawak di landasan yang tepat, kata Presiden PBB Datuk Patinggi Abang Johari Tun Abang Openg.
Memetik laporan Utusan Borneo, menurutnya, bermula dari era Tun Pehin Sri Abdul Taib Mahmud kepada Allahyarham Pehin Sri Adenan Satem, perjuangan PBB berjaya menstabilkan politik sekali gus memberi ruang kepada kerajaan membangunkan Sarawak seperti hari ini.
“Hari ini, politik di Sarawak adalah yang terbaik di Malaysia. PBB adalah parti yang berani membuat perubahan dan kuat untuk berubah.
“Pembangunan dan kestabilan yang dinikmati hari ini adalah hasil perjuangan PBB,” katanya.
Abang Johari yang juga Ketua Menteri menambah, semua proses peralihan kuasa itu berjalan dengan lancar kerana PBB percaya dan berpegang kepada prinsip kematangan dalam berpolitik.
Sehubungan itu, katanya, PBB akan terus memperjuangkan hak Sarawak termasuk berunding dengan kerajaan persekutuan untuk mendapatkan lebih banyak hak yang sebelum ini tidak diperolehi.– Sarawakiana
Sarawak Mampu Jadi Negeri Termaju Menjelang 2030 Dengan Kekuatan PBB
Reviewed by uMieySurianie
on
January 15, 2018
Rating:
No comments: