Seo Services

SK Kuala Bok Tidak Beroperasi Disebabkan Banjir


MIRI: Sesi persekolahan pelajar di Sekolah Kebangsaan (SK) Kuala Bok di sini terjejas akibat banjir setinggi sekaki setengah.

Keadaan itu menyebabkan sekolah tersebut tidak beroperasi hari ini.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak berkata, sekolah tersebut tidak beroperasi disebabkan paras air semakin tinggi dan tandas murid asrama tidak dapat digunakan.

Katanya, air pada pagi ini terus naik kira-kira dalam 2 inci berbanding semalam dan keadaan tersebut disebabkan hujan lebat dari semalam selain di kawasan hulu sungai.

“Namun, keadaan banjir masih terkawal dan tiada kejadian buruk berlaku. Staf dan warga sekolah turut masih berada di sekolah.

“Setakat ini sekolah belum dijadikan pusat pemindahan sementara, “ katanya.

Menurutnya lagi, pihak Bomba sentiasa memantau keadaan paras air di kawasan terjejas dari masa ke semasa.

SK Kuala Bok mempunyai 62 murid asrama, 12 orang guru, 8 orang ahli kakitangan pentadbir dan 15 orang ahli keluarga staf sekolah. – Sarawakiana
SK Kuala Bok Tidak Beroperasi Disebabkan Banjir SK Kuala Bok Tidak Beroperasi Disebabkan Banjir Reviewed by uMieySurianie on January 15, 2018 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.