Seo Services

Tiada 'Projek Sakit' Di Parlimen Santubong


Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar Datuk Seri Wan Junaidi Tuanku Jaafar mendedahkan lebih 90 peratus projek pembangunan di kawasan Parlimen Santubong yang mula dilaksanakan sejak 2016 kini hampir siap.

Projek tersebut merangkumi pembinaan jalan raya, utiliti dan perparitan.

"Pada masa ini, hanya projek jalan raya di Semilang/Beradik pada peringkat akhir rekaan manakala selebihnya mencapai 90 peratus siap dalam pelbagai peringkat pelaksanaan," katanya seperti yang dilaporkan The Borneo Post.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Santubong berkata, projek jalan raya di Semilang/Beradik yang bernilai RM40 juta akan memberi manfaat kepada tujuh perkampungan di kawasan tersebut.

"Penduduk kampung memohon pindaan kepada rekaan dan selepas mesyuarat dengan mereka pada Disember lepas, rekaan baharu sedang dibuat dan kita berharap ia dapat dilaksanakan secepat mungkin," ujarnya.

Menurutnya, tender untuk lima projek yang akan dibina di Kampung Salak, Taman Sepakat Jaya, Kampung Stoh, Kampung Semilang/Beradik dan Taman Mesra akan dikeluarkan tidak lama lagi.-Sarawakiana



Tiada 'Projek Sakit' Di Parlimen Santubong Tiada 'Projek Sakit' Di Parlimen Santubong Reviewed by Unknown on January 29, 2018 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.