DZHEZKAZGAN: Dua angkasawan Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Lepas Kebangsaan (NASA) Amerika Syarikat dan seorang angkasawan Russia kembali ke Bumi hari ini, selepas menamatkan misi lebih lima bulan di Stesen Angkasa Lepas Antarabangsa (ISS).
Alexander Misurkin dari agensi angkasa lepas Roscosmos dan angkasawan NASA, Mark Vande Hei dan Joe Acaba, dijangka mendarat di kawasan tenggara bandar Dzhezkazgan di tengah Kazakhstan pada jam 8.31 malam ini waktu tempatan.
Misurkin, 40 yang menyerahkan kawalan di ISS kepada rakannya, Anton Shkaplerov, semalam dan mengambil alih mengawal modul Soyuz yang membawa ketiga-tiganya turun ke bumi menghabiskan masa 334 hari di ruang angkasa.
Acaba, 50, pula menamatkan misi ketiganya dan berada kira-kira 10 bulan di orbit manakala Vande Hei, berada di ruang angkasa buat kali pertama.
NASA menghentikan pelancarannya ke ISS pada 2011 tetapi baru-baru ini bertindak menambah jumlah kru di ISS ketika Russia mengurangkan bilangan anggotanya dalam langkah menjimatkan kos yang diumumkan tahun lalu. - AFP
3 Angkasawan Kembali Ke Bumi
Reviewed by Azmin
on
February 28, 2018
Rating:
No comments: