RANGKA mayat seorang wanita ditemui di sebuah rumah di pangsapuri selepas ia disimpan anaknya selama 30 tahun.
Mayat wanita itu ditemui lengkap pakaian putih, kasut biru dan stoking hijau di sebuah rumah di bandar Mykolaiv di Ukraine.
Polis membuat penemuan ngeri itu sebuah bilik terkunci di sebuah rumah yang dipenuhi sampah sarap, termasuk longgokan makanan yang telah busuk dan suratkhabar lama.
Jiran-jiran menyifatkan pesara itu sering menyendiri di dalam rumah kerana mengalami lumpuh pada bahagian kaki.
Menurut laporan polis: "Untuk menyelamatkan wanita berusia 77 tahun, rumah itu perlu dipecah masuk.
"Di dalam sebuah bilik terdapat sebuah wanita duduk di atas lantai, dan dikelilingi sampah.
"Pesara itu tidak dapat berjalan dan memerlukan bantuan. Kita membuat panggilan ambulans.
"Sewaktu membuat pemeriksaan ke bilik lain, polis menemui rangka seorang wanita."
Laporan tersebut turut menyebut bahawa pesara itu tinggal bersendirian, tidak bercakap dengan jiran-jiran dan tidak mahu membuka pintu rumah.
"Bagaimanapun, jiran-jiran masih menghulurkan bantuan dan meninggalkan makanan di luar pintu rumah.
"Tidak siapa yang menyedari bahawa selama ini pesara itu tinggal di rumah berkenaan bersama mayat ibunya," menurut laporan polis.
Kes dibuka untuk polis menjalankan siasatan. - Mirror UK/mStar
30 Tahun Sorok Mayat Ibu
Reviewed by uMieySurianie
on
February 28, 2018
Rating:
No comments: