SANDAKAN: Jabatan Kastam Diraja Malaysia (Kastam) menahan lima lelaki sebaik tiba di Lapangan Terbang Sandakan, pagi semalam, selepas dipercayai membawa dadah dalam empat bagasi pakaian.
Kesemua suspek ditahan kira-kira jam 11 pagi oleh anggota Kastam bersama polis lapangan terbang dan orang awam.
Difahamkan, ada suspek cuba melarikan diri namun dapat ditahan semula dengan kerjasama anggota keselamatan dan orang awam.
Keadaan kecoh seketika di balai ketibaan dan orang ramai turut merakamkan gambar serta video kejadian sebelum viral di laman sosial.
Bagaimanapun, keadaan terkawal dan lima suspek bersama bagasi yang dipercayai berisi dadah dirampas.
Difahamkan, kesemua suspek baru tiba dengan penerbangannya dari Lapangan Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).
Pengarah Kastam Sabah, Datuk Hamzah Sundang ketika dihubungi mengesahkan penangkapan lima suspek itu.
Beliau berkata, sidang media berkaitan tangkapan itu akan diadakan dalam waktu terdekat. - BHOnline
5 Bawa Dadah Ditahan Di Lapangan Terbang Sandakan
Reviewed by Azmin
on
February 28, 2018
Rating:
No comments: