KUALA LUMPUR; Mesyuarat pertama penggal keenam Parlimen ke-13 yang juga persidangan terakhir sebelum pilihan raya umum ke-14, akan bermula Isnin ini.
Setiausaha Dewan Rakyat, Datuk Roosme Hamzah berkata, Dewan Rakyat akan bersidang selama 20 hari sehingga 5 April.
Notis pemberitahuan berhubung persidangan itu telah dikeluarkan pada 19 Januari lalu, katanya dalam kenyataan, di sini hari ini.
Roosme berkata, persidangan akan dimulakan dengan usul menjunjung kasih dan perbahasan titah diraja selama dua minggu, sebelum menteri-menteri menjawab perbahasan tersebut pada minggu ketiga.
Ini akan diikuti perbahasan bagi rang undang-undang dan urusan kerajaan yang lain pada minggu keempat dan kelima, katanya. - BERNAMA
Dewan Rakyat Bersidang Mulai Isnin Ini
Reviewed by Unknown
on
February 27, 2018
Rating:
No comments: