Seo Services

Ditinggal Pengantin Perempuan Kerana Botak



NEW DELHI - INDIA. Seorang doktor di India nekad mengahwini wanita yang tidak dikenalinya selepas ditinggalkan pengantin sebenar atas alasan kepalanya semakin botak.

Pada 18 Februari lalu, Ravi Kumar melalui perjalanan sejauh hampir 1,000 kilometer dari New Delhi ke perkampungan Sugauli di Bihar sempena majlis raikan cinta itu.

Pada asalnya majlis itu berlangsung seperti yang dirancang dengan kehadiran para tetamu yang turut memeriahkan hari bahagia mereka.

Pasangan itu juga sudah selesai menjalani upacara menyarungkan kalung.

Bagaimanapun, hari bersejarah pasangan mempelai itu bertukar 'tragedi' selepas Dr Kumar menanggalkan hiasan kepalanya.

Pengantin perempuan tersebut dikatakan terkejut selepas melihat kepala bakal suaminya yang hampir botak.

Dia kemudiannya menolak untuk berkahwin dengan lelaki terbabit walaupun keluarga kedua-dua belah pihak cuba memujuknya untuk mengubah keputusan itu.

Susulan insiden memalukan itu, keluarga pengantin lelaki bertindak meminta bantuan pemimpin kampung kerana Dr Kumar enggan pulang ke bandar tanpa 'isteri' di sisinya.

Mereka mencadangkan Dr Kumar mengahwini seorang anak penjual sayur.

Pasangan itu mengikat tali perkahwinan mereka di Kuil Ramjanki disaksikan keluarga pihak lelaki dua hari selepas majlis asal dibatalkan. - Daily Mail
Ditinggal Pengantin Perempuan Kerana Botak Ditinggal Pengantin Perempuan Kerana Botak Reviewed by uMieySurianie on February 28, 2018 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.