NONTHABURI - THAILAND: Seorang ibu muda berdepan dakwaan membunuh selepas sengaja menolak anaknya ke dalam terusan di daerah Bua Thong.
Wanita berusia 21 tahun itu ditangkap Isnin lalu, selepas mayat kanak-kanak malang tersebut ditemui terapung di Terusan Khlong Tonnun.
Polis berkata, budak lelaki berusia dua tahun itu meninggal dunia akibat lemas dan dipercayai terapung di terusan tersebut selama tiga jam.
"Hasil pemeriksaan berdasarkan rakaman CCTV (kamera litar tertutup) di kawasan itu mendapati, suspek dilihat menyeberangi jambatan sambil memimpin tangan anaknya.
"Satu lagi rakaman CCTV menunjukkan dia pulang berseorangan sejam kemudian," kata polis.
Tambah polis, wanita berkenaan ditahan ketika sedang menunggu bas di Bang Bua Thong kerana mahu melarikan diri.
Siasatan awal mendapati, wanita itu mengaku membunuh anaknya kerana tekanan selepas berpisah dengan suami.- Bangkok Post.
Ibu Tolak Anak Ke Dalam Terusan
Reviewed by Unknown
on
February 28, 2018
Rating:
No comments: