Mengejutkan. Seorang kanak-kanak perempuan berusia empat tahun menjadi lumpuh seumur hidup selepas melakukan aksi yoga di sebuah studio yang tidak berlesen.
Kanak-kanak yang dikenali sebagai Xiao Bao sedang melakukan aksi berisiko tinggi dikenali sebagai `back bridge’ bersama dengan kanak-kanak lain di Zhengzhou, China, namun malangnya dia terjatuh.
Dia terpaksa dibawa ke hospital selepas terjatuh dan tidak dapat merasakan pergerakan kakinya lagi.
Menurut doktor, walaupun tulang belakang kanak-kanak itu tidak patah namun dia mengalami kecederaan serius akibat pergerakan sukar yang diajar oleh jurulatihnya.
“Terdapat kemungkinan kanak-kanak ini akan lumpuh bahagian bawah badan untuk seumur hidup,’’ kata doktor.
Dalam pada itu, ibu dan bapa Bao mendapati jurulatih yang mengajar anaknya tidak mempunyai sebarang sijil dan mereka juga bukannya bertaraf profesional.
Kelas tarian itu juga mengenakan bayaran kira-kira RM6,000. – MYNEWSHUB.CC
Kanak-Kanak Lumpuh Selepas Lakukan Aksi Yoga
Reviewed by Unknown
on
February 28, 2018
Rating:
No comments: