BAGAN DATUK – Seorang kanak-kanak lelaki maut selepas terkena mata sabit pengait kelapa sawit di sebuah kebun kelapa sawit di Sungai Tiang Darat di sini semalam.
Dalam kejadian kira-kira pada pukul 9.30 pagi itu, mangsa yang berusia 12 tahun menemani datuknya mengait kelapa sawit di kebun berkenaan pada cuti umum sempena Hari Thaipusam.
Ketua Polis Daerah Hilir Perak, Asisten Komisioner Mohd. Marzukhi Mohd. Mokhtar berkata, sabit yang digunakan datuknya untuk mengait kelapa sawit telah terjatuh bersama buah sawit sebelum ia melantun dan terkena bahagian kiri dada murid darjah enam di Sekolah Kebangsaan Sungai Tiang Darat itu.
“Mangsa yang pada awalnya hanya mengalami cedera segera dibawa ke Klinik Kesihatan Sungai Batang namun disahkan meninggal dunia ketika dirawat.
“Mayat mangsa kemudian dibawa ke Hospital Teluk Intan untuk proses bedah siasat,” katanya. - K! ONLINE
Kanak-kanak Maut Terkena Sabit
Reviewed by Unknown
on
February 01, 2018
Rating:

No comments: