Seo Services

Neelofa Perlu Bertaubat, Muhasabah Diri


“Neelofa perlu bertaubat.”

Itu komen ringkas Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria berhubung tindakan Neelofa mengadakan majlis pelancaran tudung di sebuah pusat hiburan terkenal di ibu negara, malam tadi.

Harussani berkata, umat Islam dilarang mendekati tempat maksiat dan hukumnya sudah jatuh haram jika tempat berkenaan terdapat unsur melanggar syarak.

“Sekiranya ada unsur berkenaan, Neelofa perlu bertaubat dan jangan ulang lagi,” katanya.

Mufti Negeri Sembilan Datuk Mohd Yusof Ahmad pula menyifatkan tindakan Neelofa itu salah kerana bersubahat melakukan perkara berunsur maksiat.

"Perbuatan itu haram kerana gerak-geri perempuan ditontonkan kepada lelaki bukan mahram.

"Apapun alasan diberikan, saya tetap menganggap ia salah kerana pusat hiburan menjual minuman keras dan memabukkan. Buatlah sesuatu yang baik dengan cara dan jalan yang betul," katanya kepada Harian Metro.

Mohd Yusof berkata, Neelofa perlu muhasabah diri dan mengambil iktibar daripada tindakan yang dilakukannya itu.

"Mohon ampun kepada Allah serta berazam tidak mengulanginya lagi. Bagi kepentingan perniagaannya elok dia mohon maaf kepada sesiapa yang tersinggung dengan perbuatannya itu," katanya.

Sementara itu, Profesor Institut Pengurusan Fatwa Sedunia Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) Prof Emeritus Tan Sri Dr Abdul Shukor Husin berkata, nama kelab malam itu tidak salah jika tiada sebarang unsur bertentangan syarak.

“Jika tiada arak, tidak membuka aurat dan tiada pergaulan bebas, tiada masalah walau di mana pun pelancaran tudung itu diadakan.

“Yang penting adalah pengisian di kelab itu, jika lancar tudung di rumah tetapi melanggar hukum syarak pun tidak boleh. Jika di pihak Neelofa sendiri mengatakan tiada arak, kita tidak boleh mengandaikan ada benda terlarang itu,” katanya.-myMetro
Neelofa Perlu Bertaubat, Muhasabah Diri Neelofa Perlu Bertaubat, Muhasabah Diri Reviewed by Unknown on February 28, 2018 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.