Seo Services

Neymar Rehat 6 Minggu


RIO DE JANEIRO: Penyerang Paris Saint Germain (PSG), Neymar perlu direhatkan sekurang-kurangnya enam minggu selepas mengalami kecederaan buku lali dan retak tulang metatarsus ketika membantu pasukannya menewaskan Marseille 3-0 dalam aksi Ligue 1, Ahad lalu.

Itu bermakna Neymar terlepas aksi timbal balik peringkat kalah mati Liga Juara-Juara menentang Real Madrid pada 7 Mac ini.

“PSG tahu mereka tidak boleh mengharapkan Neymar untuk perlawanan seterusnya, dia memerlukan rawatan selama enam minggu dan sama ada perlu melakukan pembedahan masih belum dapat dipastikan,” kata bapanya, Neymar Santos Senior. - AFP



Neymar Rehat 6 Minggu Neymar Rehat 6 Minggu Reviewed by Unknown on February 28, 2018 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.